Sign In
Web Creator

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SOAS , AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI `ABDUL `AZIM

IMG_5058.JPG

Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan  Kali Ke-53 Bagi Tahun 2023 telah diadakan pada hari Selasa, 17 haribulan, Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 03 haribulan, Oktober 2023 bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di majlis tersebut dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhd Arif bin Haji Johari, Imam Tingkat 1, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung dalam kawasan Bandar Seri Begawan.

Created at 7/10/2023 9:30 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 7/10/2023 9:30 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //